Support!! Tlglah Click (^_^)

ZomBa!!

Expect Us!!

Tuesday, September 27, 2011

Pelawok Pelawok: Lawak Ala Pendek!!


Click LIKE To Share With Your Friends!!! "n" Don't Forget To Leave a Comment!! Chill (^_^)





Kisah 1: Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Kisah 2: Asal Usul Sumatera
ekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit. Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan... Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana: "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan: "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana: "Tara sapa"

Sultan: "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana: "Tara tau"

Sultan: "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Rumah?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Sign-Board?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana: " Hutan ada la, Lain suma tara..."

Sultan: "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."

Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...

Kisah 3: Chot Ke Perpustakaan.

Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.

"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

No comments:

Post a Comment

Jom Jom Tinggalkan Komen anda (^_^)

Support!! Tlglah Click (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...